Persahabatan =)

Wednesday, May 18, 2011

M Haszrul Fa


MHF

awak taukan awak selalu ada dalam hati saya
saya tak mampu singkirkan awak
saya tak mampu buang sayang saya pada awak
saya tak mampu 

awak tahu
sejak kita berpisah
saya tak nampak cahaya matahari dalam hidup saya
bulan yang selalu terang dah jadi suram
saya rindu awak


kenapa kita jadi macam ni?


salah saya ke awak?
hmmm


saya cuma seorang perempuan sensetif yang sibuk waktu itu
dan awak
pesakit kanser yang perlukan perhatian dari saya


keadaan buat saya tersepit


kalau masa boleh saya undurkan
saya takkan abaikan awak
dan 
takkan jadi terlalu sensetif


saya bukan dia yang selalu lengkapi awak
saya takkan mampu jadi seperti dia
dia wanita hebat
dan saya
cum gadis cengeng yang menanti cinta awak


saya tak tau kenapa saya menulis di sini
mungkin saya tau takde yang akan baca
:)


haszrul
saya harap awak kuat lawan kanser awak
andai awak pergi dan saya tak tahu
moga awak aman bersemadi
percayalah


cinta saya tak luntur pada awak
sampai detik ini
masih mekar seperti dulu


saya sayang awak.

Thursday, September 23, 2010

aku rindu kamu

waktu malam itu merangkak subuh
aku masih belum lena
masih belum bermimpi sebarang apa


waktu burung-burung hantu masih berbunyi
aku juga masih berjaga 
menantikan kamu wahai cinta


aku rindu kamu 
aku ingin kamu


kemana kamu pergi wahai jiwa
tidakkah kamu rindu aku
sebagaimana aku merindukan kamu


aku tunggu ya
di sini di tempat ini
sampai kamu hadir


jangan kecewakan aku ya wahai nyawa




p/s : sakit kan bila rindu menempel tapi tiada yang cuba fahami

Tuesday, September 21, 2010

Sini

jika aku jatuh dan tersungkur
bantu aku bangun kembali


jangan biar aku sendiri
kerana aku takut menyendiri


jika aku menangis
hapuskan air mataku


jangan biar tangis ku panjang
kerana aku mahu tertawa riang


peluk aku kucup aku
aku ingin kamu
selalu temani aku


di sini
sini
sini
sini


;)


boleh kan?

Thursday, July 1, 2010

Gadis

si gadis rebah terduduk
di satu sudut terpencil
sendirian lagi

si gadis merayu pada hati
tolong sekuat kerikil
jangan selemah dedaunan lagi

si gadis mulai menangis
hatinya tidak sekuat yang dipikirin
hatinya tidak sekuat itu
mampukah dia hadapi kenyataan
yang bakalan merobek hatinya

si gadis mulai lemah
terkulai layu kembali
hanya menanti detik dan saatnya untuk pergi
meninggali segala yang membelenggunya kini
kerna
dia sudah tiada daya lagi
si gadis cuba bangun sekali lagi
hampa
saatnya untuk pergi semakin menghampir
dan kini dia..............................................

-tamat-

Duit Poket